Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Culik remaja: Dua warga asing didakwa

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Dua orang warga Bangladesh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, atas pertuduhan menculik seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikaitkan dengan mesej tular di media sosial mengenai kehilangan seorang remaja pada minggu lalu.

    Mahkamah membacakan pertuduhan terhadap kedua-dua warga Bangladesh berusia 33 dan 36 tahun itu, yang mendakwa mereka menculik remaja perempuan itu di Kompleks Al-Baraqah, Sengkurong pada pukul 1:30 tengah hari 12 November lalu.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada defendan.

    Dalam pada itu, Pendakwa Atiyyah Abas memohon mahkamah memberi laluan kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan kerana kes itu masih di peringkat awal.

    Remaja perempuan itu hilang pada minggu lalu dan pencariannya dilancarkan sejurus kehilangannya.

    Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman memerintahkan kedua-dua defendan ditahan reman dan menangguhkan kes sehingga 22 November depan.

    Jika didapati bersalah, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun berserta denda.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...