Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Curry pimpin Warriors lakar kemenangan

    HOUSTON, 1 FEB – Stephen Curry mengakhiri bulan Januari dengan persembahan menyerang yang hebat menentang Houston Rockets dan memberi peringatan kepada lawan bahawa dia mampu menjadi seorang pemain yang berbahaya.

    Dia menjaringkan 21 daripada 40 mata pada suku keempat untuk memimpin Golden State Warriors menang 122-108.

    Banyak yang diperkatakan mengenai kemerosotan percubaannya dan puratanya bulan ini termasuk perlawanan semalam menurun lebih enam mata dari purata 27.6 pada Disember.

    Semua kritikan itu tidak mengganggu pemain bintang itu, kerana dia berkata tiada siapa yang lebih tegas terhadapnya daripada dirinya sendiri.

    “Ia adalah satu anugerah,” katanya. “Apabila awda menerima pujian ketika semua perkara berjalan dengan lancar dan sejak sekali ia adalah sesuatu untuk diperkatakan sekiranya saya tidak memenuhi tahap tersebut.”

    Curry membantu kemenangan keenam berturut-turut buat Warriors, manakala Houston melebarkan kedudukannya di gelanggang sendiri kepada 11 perlawanan berturut-turut.

    Warriors masih mendahului empat mata pada minit keempat apabila Curry menjaringkan lima mata seterusnya untuk menjadikan kedudukan 113-104 ketika berbaki empat minit. Dia membawa bola sebelum membuat percubaan tiga mata untuk membolehkan Golden State mendahului.

    “Kami telah melihat Steph melakukan itu sejuta kali,” kata jurulatih Steve Kerr. “Ia pasti akan terjado walaupun sudah beberapa minggu. Tidak menghairankan tetapi menyeronokkan untuk melihat dia bergerak bebas dan mempunyai permainan seperti yang dia lakukan.” – AP

    Aksi Stephen Curry semasa membawa bola dalam perlawanan NBA antara Houston Rockets dan Golden State Warriors. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...