Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Rihanna selamba pakai jaket, tayang kehamilan

    Menepati ramalan ramai, penyanyi Rihanna akhirnya semakin terbuka menayang kehamilan menerusi gambar yang tersebar sejak kelmarin.

    Penyanyi lagu Umbrella itu dan kekasihnya iaitu rapper A$AP Rocky dilihat menjalani sesi fotografi di sebuah jalan di bandar New York, Amerika Syarikat.

    Rihanna hanya memakai jaket berwarna merah jambu dan tidak menutup bahagian perut sehingga menampakkan baby bump.

    Walaupun dalam keadaan cuaca sejuk, Rihanna dilihat bersahaja dan begitu mesra merakamkan setiap gambar bersama teman lelakinya itu.

    Pasangan ini sudah berkawan sejak 2010 dan mereka dikatakan mula rapat sebagai pasangan sekitar November 2020 selepas Rihanna berpisah dengan bekas kekasih, Hassan Jameel.

    Cerita tentang kehamilan Rihanna sudah diperkatakan sejak Disember tahun lalu apabila peminat mula sedar akan perubahan pada bentuk tubuhnya.

    Menerusi gambar yang tersebar baru-baru ini ada yang beranggapan Rihanna bakal melahirkan anak perempuan kerana jaket merah jambu yang dipakainya. – Agensi

    Rihanna akhirnya semakin terbuka menayang kehamilan menerusi gambar yang tersebar sejak kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...