Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Custer kuasai litar lumba Bristol

    BRISTOL, TENNESSEE, 17 APRIL – Cole Custer memenangi petak pertama dalam kerjayanya kelmarin melalui formula yang dicipta untuk kelayakan dengan perlumbaan yang sengit di Litar Lumba Motor Bristol.

    Custer meletakkan Ford nombor ke-41 miliknya di hadapan untuk perlumbaan Easter Sunday yang jarang diadakan di mana NASCAR yang dijadualkan khusus untuk Fox Sports berusaha memanfaatkan percutian utama sama seperti yang dilakukan oleh NFL dan NBA yang mengadakannya pada hari Kesyukuran dan Krismas.

    Barisan permulaan ditetapkan melalui empat saringan dengan 15 pusingan yang ditentukan melalui undian rambang. Pemandu mengumpul mata untuk penamat dan pemintasan dan Custer bermula di tempat kesembilan dalam pusingan saringan dan kemudian memenanginya. Ia adalah cukup baik untuk petak pertamanya dalam 84 perlumbaan Piala dalam kerjayanya.

    Sebilangan besar pelumba handalan menyertai Custer dalam pusingan kelayakan seperti Christopher Bell yang berada di tempat kedua dalam Toyota, diikuti oleh Tyler Reddick dalam Chevrolet dan Chase Briscoe, rakan sepasukan Custer di Stewart-Hass Racing.

    Juara bertahan Siri Piala, Kyle Larson, salah seorang pemandu terbaik di negara, menduduki tempat kelima diikuti oleh Justin Haley, Ty Dillon, Alex Bowman, Chase Elliot dan juara bertahan perlumbaan, Joey Logano.

    Penglihatan di litar perlumbaan menjadi lebih baik kelmarin kerana abu yang menjadi isu telah berkurangan setelah disiram dengan lori yang membawa 2,300 tanah liat Tennessee.

    Fox pada tahun yang lalu meminta NASCAR menambah perlumbaan ke dalam jadual Piala 38 perlumbaan dan Speedway Motorsports secara suka rela menawarkan gelanggang lembu berkeluasan 0.533 batu di Bristol. – AP

    Aksi Cole Custer mendahului Alex Bowman dan Ross Chastain semasa pusingan kelayakan untuk Siri Piala NASCAR. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...