Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Dana atasi pandemik ditubuhkan

    NUSA DUA, INDONESIA, 13 NOV – Menteri-menteri kesihatan dan kewangan Kumpulan 20 (G20) hari ini melancarkan dana bernilai AS$1.4 bilion untuk mengatasi pandemik global seterusnya menjelang perhimpunan pemimpin-pemimpin blok bagi sidang kemuncak di pulau peranginan di Bali, Indonesia tetapi presiden penganjur berkata ia masih belum mencukupi.

    Dana yang dibiayai oleh 24 buah negara itu dilihat sebagai salah satu daripada hasil awal bagi sidang kemuncak yang akan diadakan minggu hadapan di mana tidak banyak perkembangan dijangka mengenai krisis di Ukraine dan Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri mesyuarat tersebut.

    Ia dirasmikan semasa sidang media hari ini oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dan ucapan daripada Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus dan Presiden Bank Dunia, David Malpass.

    “G20 bersetuju untuk menubuhkan tabung pandemik untuk mengelak dan sebagai persediaan bagi pandemik. Ia dihulurkan dari ahli-ahli G20 dan bukan ahli G20, serta pertubuhan-pertubuhan amal. Tetapi ia masih belum mencukupi,” kata Widodo semasa menyampaikan ucapan melalui video. Beliau berkata AS$31 bilion diperlukan untuk mengawal pandemik global seterusnya.

    “Kami mesti memastikan daya tahan masyarakat dalam menghadapi pandemik. Pandemik tidak lagi boleh meragut nyawa dan menjejaskan ekonomi global.”

    Amerika Syarikat (AS) menyumbangkan AS$450 juta dalam dana itu, hampir satu pertiga jumlah keseluruhan. Setiausaha Bendahari AS, Janet Yellen berkata dana bersama itu merupakan contoh yang mampu dilakukan oleh G20 untuk mengatasi masalah global.

    “Saya sangat bangga dengan apa yang kita telah kecapi. Saya rasa langkah-langkah yang telah diambil tahun ini akan membantu mencapai visi struktur kesihatan global yang lebih sihat dan responsif,” katanya. – AFP

    Joko Widodo semasa bercakap kepada pemberita ketika beliau menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Tuban, Bandung, kelmarin. Widodo berkata G20 telah menubuhkan dana sebagai persediaan bagi pandemik akan datang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...