Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dapatkan keputusan peperiksaan menerusi SMS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan Mach Telecommunications Systems Sdn Bhd (MachTel) akan menawarkan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan keputusan Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE Peringkat A, AS, O dan IGCSE sesi Mei/Jun 2022.

    Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga dan pelajar yang ingin melanggan perkhidmatan berkenaan boleh membuat pendaftaran melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG<jarak>(kod pusat)<jarak>(nombor calon)<jarak> (nombor kad pengenalan calon) dan dihantar ke talian 8885555 bagi pelanggan DST dan 38666 bagi pelanggan Progresif.

    Menurut Kementerian Pendidikan, tiada bayaran dikenakan sewaktu pendaftaran melalui telefon bimbit dengan ibu bapa atau penjaga dan pelajar boleh melanggan perkhidmatan bermula pada 26 Ogos.

    Keputusan peperiksaan akan dihantar kepada pelanggan melalui SMS setelah mendapat kelulusan Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan tersebut.

    Pelanggan akan dikenakan bayaran $3 bagi setiap keputusan SMS yang diterima.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah berhubung melalui e-mel, moeresults@machbrunei.com atau layari laman sesawang, https://www.machbrunei.com/moe/.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...