Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dedah kaedah pemeliharaan bahan sejarah

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 31 JAN – Dengan matlamat menyumbang kepada kemajuan negara sekali gus menambah nilai kepada komuniti sempena Day of Action, Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini telah mengadakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat di Lamin Warisan, Kampung Tanjong Maya, Daerah Tutong.

    Hadir semasa aktiviti yang diungkayahkan melalui Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan dan Bahagian Pusat Pengkajian Borneo ialah Pengetua PSB, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong; Timbalan Pengetua I, PSB, Awang Hanafi bin Haji Salleh; dan Pengurus Lamin Warisan, Dayang Nornaqibah binti Abdul Hamid.

    Turut hadir ialah beberapa pegawai dan kakitangan PSB dan ahli jawatankuasa Lamin Warisan.

    Majlis bermula dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Awang Muhammad Alif bin Abdul Hafiz Din diikuti taklimat dan tunjuk cara pemeliharaan rekod kertas yang disampaikan oleh Pegawai Pemeliharaan, PSB, Awang Muhammad Ataillah bin Haji Julaihi dan Penolong Pegawai Sejarah, Unit Rekod (Bahan dan Koleksi), Bahagian Pusat Pengkajian Borneo, Pengiran Ibnu bin Pengiran Haji Zulaihi.

    Pelaksanaan aktiviti berkenaan bertujuan membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta memupuk hubungan baik antara komuniti.

    Sesi penyampaian sumbangan buku PSB yang disempurnakan oleh Dr Muhammad Hadi kepada Pengurus Lamin Warisan.
    Taklimat dan tunjuk cara pemeliharaan rekod kertas yang disampaikan oleh Awang Muhammad Ataillah.

    Ia termasuk usaha mengetengahkan konsep dan kaedah asas pemeliharaan rekod kertas, agar bahan-bahan rekod dan peninggalan sejarah yang terdapat di Lamin Warisan akan sentiasa terjaga dan terpelihara.

    Selain itu, aktiviti itu juga diharap dapat memberi pendedahan sehingga mewujudkan lagi semangat para pengusaha untuk terus mengungkayahkan dan memperkayakan industri pelancongan di negara ini.

    Di samping itu, ia juga sebagai usaha bersama agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama melestarikan warisan sejarah bangsa dan negara agar terus mekar menjadi ristaan dari satu generasi ke satu generasi.

    Acara turut menyaksikan sesi penyampaian sumbangan buku PSB yang disempurnakan oleh Dr Muhammad Hadi kepada Pengurus Lamin Warisan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI - Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan...