Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    UAE hantar 400 tan bantuan makanan ke Gaza

    ABU DHABI, 6 MEI – Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi kerjasama rapat dengan American Near East Refugee Aid (Anera), mengumumkan kejayaan penghantaran 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza, yang dikhususkan kepada utara Semenanjung Gaza.

    Agensi berita Emiriah melaporkan penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE untuk menyediakan bantuan dan menangani krisis kemanusiaan di Gaza.

    Menteri Kerjasama Antarabangsa, Reem Al Hashimy berkata kejayaan penghantaran dan pengagihan bantuan makanan ke Semenanjung Gaza dengan selamat, terutamanya utara Gaza menandakan peningkatan ketara dalam tindakan itu.

    “Kami tetap komited dalam pendirian kami bersolidariti dengan rakyat Palestin bagi mengurangkan penderitaan penduduk di Semenanjung Gaza.

    UAE yang bekerjasama dengan rakan antarabangsa semakin yakin berbanding sebelum ini untuk memperhebatkan lagi segala usaha bagi memastikan bantuan itu sampai kepada mereka yang amat memerlukan,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...