Sunday, May 19, 2024
28.2 C
Brunei

    -

    Mayat tiga peluncur ditemukan di Mexico

    TIJUANA, 6 MEI – Keluarga mangsa-mangsa yang ditembak mati dalam insiden rompakan yang disyaki di Mexico telah mengenal pasti mayat dua warga Australia dan seorang warga Amerika, kata pihak berkuasa, menandakan berakhirnya insiden tragis dalam usaha mencari peluncur yang hilang.

    Mayat ditemui dengan kesan tembakan di kepala mereka, menurut pegawai di negeri Baja California yang dibelenggu enayah, yang menunjukkan pembunuhan gaya pelaksanaan hukuman mati.

    Berita itu menambahkan kesedihan keluarga dan rakan saudara mangsa dari Australia, Callum dan Jake Robinson, dan rakan mereka dari Amerika, Jack Carter Rhoad, yang mengadakan perjalanan meluncur ke pantai Pasifik Mexico. Ketiga-tiganya dipercayai telah dibunuh semasa percubaan untuk mencuri trak pikap mereka, kata pendakwa raya negara, Maria Elena Andrade pada sidang media.

    Kenderaan itu, yang telah terbakar, ditemui berhampiran.

    Pejabat pendakwa negeri kemudian mengesahkan bahawa mayat telah dikenal pasti secara rasmi sebagai mayat peluncur yang hilang.

    “Saudara mangsa dapat mengenal pasti mereka tanpa memerlukan ujian genetik,” kata satu kenyataan. Setiausaha Perbendaharaan Australia, Jim Chalmers menyifatkan berita itu sebagai ‘dahsyat’ dan berkata, ‘seluruh negara berkongsi kesedihan ahli keluarga mangsa yang terbunuh.” – AFP

    Pekerja penyelamat bersedia untuk turun ke kawasan di mana mayat tersebut ditemui. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...