Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dell Technologies berkongsi trend Big Data, AI/ML

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Salah sebuah syarikat terkemuka dalam industri teknologi, Dell Technologies telah menyampaikan ceramah untuk penuntut-penuntut Universiti Teknologi Brunei (UTB) mengenai kemajuan terkini dalam Big Data dan AI/ML serta cara ia digunakan untuk memacu inovasi dan menambah baik proses perniagaan.

    Acara yang bertajuk Innovation in The Big Data Era by Dell Technologies itu diadakan di UTB, kelmarin.

    Pakar Beban Kerja Analitis Data Dell Technologies, Vasanth Pandiaraj telah menyampaikan ceramah bertajuk Unlock the Value of Data where analytics, AI/ML, Data Science & IT Coverage.

    Tajuk Optimize All Workload with Dell Midrange Storage Solutions and Data Protection pula disampaikan oleh Ketua Pegawai Teknologi – Lapangan Asia Pasifik dan Jepun, Robert Stevanoski.

    Acara ceramah universiti yang diadakan oleh Dell itu adalah satu peluang yang unik untuk para penuntut mempelajari tentang trend dan teknologi terkini dalam Big Data dan AI/ML.

    Para penuntut juga berpeluang untuk menjalin rangkaian dengan profesional industri dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang teknologi termaju itu dan kesannya terhadap masa depan perniagaan dan masyarakat.

    Penceramah dari Dell Technologies bergambar ramai bersama para mahasiswa dan mahasiswi UTB yang hadir.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...