Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Demam berdarah maut meningkat di Iraq

    NASIRIYAH, IRAQ, 29 MEI – Menyembur seekor kerbau dengan racun perosak, pekerja kesihatan percaya kutu penghisap darah dalam penularan demam terburuk Iraq telah menyebabkan orang mengalami demam berdarah hingga boleh membawa maut.

    Pemandangan kakitangan kesihatan, berpakaian kit pelindung penuh, adalah salah satu perkara biasa di kawasan luar bandar Iraq, ketika demam berdarah Crimea-Congo merebak, menjangkit daripada haiwan kepada manusia.

    Tahun ini, Iraq telah merekodkan 19 kematian di antara 111 kes CCHF dalam manusia, menurut Persatuan Kesihatan Sedunia.

    Virus itu tidak mempunyai vaksin dan ia boleh merebak cepat, menyebabkan demam berdarah teruk luar dan dalaman terutamanya dari hidung. Ia menyebabkan kematian dalam dua perlima kes, menurut paramedik.

    “Jumlah kes direkodkan tidak dijangkakan,” kata Haidar Hantouche, seorang pegawai kesihatan di wilayah Dhi Qar.

    Hampir separuh kes berlaku di rantau pertanian selatan Iraq.

    Dijangkiti oleh kutu, hos virus itu termasuk haiwan liar dan ternak seperti kerbau, lembu, kambing dan biri-biri, semuanya adalah perkara biasa di Dhi Qar.

    Di kampung Al-Bujari, sebuah pasukan mendisfektan haiwan dekat sebuah rumah di mana seorang wanita telah dijangkiti. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...