Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Denda $15,000 simpan minuman keras

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin telah memerintahkan seorang wanita warga Malaysia membayar denda $15,000 kerana menyimpan minuman beralkohol.

    Leong Li Peng, 51, akan menjalani hukuman penjara selama 13 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman mendengarkan bahawa sepasukan pegawai pencegahan kastam menyerbu rumah sewa defendan di Kampung Kilanas pada pukul 4:20 petang 10 Februari lalu di mana mereka menemui sebanyak 91 botol wain dan 11 tin bir, bersama wang tunai $100 dipercayai hasil transaksi barangan seludup itu.

    Mahkamah juga memerintahkan agar minuman beralkohol yang dirampas tersebut dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...