Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Dicekup bawa mercun

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    TEMBURONG, 15 APRIL – Seorang lelaki berumur 40 tahun yang juga anggota beruniform telah ditahan bersama 11 bungkusan mengandungi bunga api dan mercun pelbagai jenis semasa operasi rondaan pemantauan polis di kawasan Kampung Belais, Daerah Temburong, hari ini.

    Semasa rondaan itu, keanggotaan Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan pemeriksaan yang membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan mencurigakan dipercayai berisi barangan mercun tersimpan di bahagian belakang tempat duduk penumpang dan bonet kenderaan suspek.

    Hasil daripada pemeriksaan itu telah mendapati enam jenis mercun seperti Happy Boom Glow of Sunset, Colour Flower V026, Mini Cicciolo, Assorted Celebration Cakes Repeater, Happy Boom Pili Cracker dan Happy Boom Flower Silver Cracking Rain.

    Di kesempatan ini, PPDB menegaskan akan larangan tersebut kerana ianya menjurus kepada kemaslahatan orang awam kerana jika ianya diingkari maka boleh mengundang bahaya bukan sahaja mereka yang bermain tetapi juga kepada orang lain seperti kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda dan kebakaran.

    Oleh itu, orang ramai diingatkan mengenai Peraturan 15, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan Negara Brunei Darussalam, Penggal 58 iaitu sekatan mengimport mercun, bunga api dan sebagainya menyebutkan sesiapa sahaja tidak boleh mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa mercun atau bunga api atau yang mengandungi bahan letupan atau campuran bahan letupan.

    Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh didakwa dan dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta hukuman tiga kali sebatan dan tidak melebihi 12 kali sebatan.

    Manakala bagi hukuman mengikut Peraturan 17 (2), Akta Senjata Api dan Bahan Letupan menyatakan mana-mana orang yang melanggar Peraturan 15, Akta Senjata Api dan Bahan Letupan adalah bersalah kerana melakukan satu kesalahan dan jika sabit akan dikenakan denda $3,000.

    Sementara mengikut Seksyen 6, Undang-undang Kesalahan Kecil, Penggal 30 menyatakan mana-mana orang yang menyalakan atau membakar apa-apa bahan api hingga menyebabkan gangguan, kesulitan atau menimbulkan bahaya kepada orang awam, atau melepaskan apa-apa belon api atau roket di mana-mana jalan awam adalah bersalah dan boleh dihukum denda $250.

    Antara mercun yang dirampas oleh pihak polis.
    Antara mercun yang ditemui dalam kenderaan berkenaan.
    Kenderaan yang digunakan untuk membawa barang tegahan berkenaan turut dirampas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...