Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Diselubungi bau misteri seakan-akan bangkai haiwan

    HATTIEBSURG, MISSISSIPPI, 6 FEB – Penduduk berkata bau misteri, yang masih terhidu berbulan-bulannya sejak setahun lalu – telah kembali di pusat bandar Hattiesburg.

    Persatuan Hattiesburg AS melaporkan sumber bau masih belum diketahui.

    Bau itu juga dilaporkan di kawasan sekitar pusat bandar, termasuk Petal.

    Beberapa penduduk berkata bau seakan-akan ammonia, sementara yang lainnya membandingkannya dengan bau bangkai haiwan reput.

    Bau itu biasanya paling ketara pada waktu pagi, namun ada kalanya berlarutan sehingga waktu petang, lapor akhbar Hattiesburg.

    Datuk bandar Hattiesburg Toby Barker berkata pegawai bandar akan meneruskan usaha mereka untuk mengesan sumber bau berkenaan.

    “Mencari punca mungkin mengambil masa, maka kami meminta awda supaya bersabar ketika kami menggunakan setiap sumber yang ada menerusi Jabatan Kualiti Alam Sekitar Mississippi,” kata Barker dalam laporan terkini di Facebook.

    Bandar itu telah bekerjasama dengan Jabatan Kualiti Alam Sekitar Mississippi sejak Disember untuk menentukan punca bau, kata Barker. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...