Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dortmund tewaskan Leverkusen, rapatkan jurang Bayern Munich

    BERLIN, 30 JAN – Karim Adeyemi menjaringkan gol Bundesliga pertamanya kelmarin untuk membantu Borussia Dortmund menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 dan mengurangkan jurang dengan pendahulu Bayern Munich kepada tiga mata.

    Ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Dortmund untuk memulakan 2023 dan mengangkat pasukan Edin Terzic ke tangga keempat. Sebastien Haller membuat permulaan pertamanya untuk Dortmund sejak menjalani rawatan kanser testis dan penyerang Ivory Coast itu mencipta ruang untuk Adeyemi menjaringkan gol pada minit ke-33 untuk pelawat.

    Tetapi Dortmund juga memerlukan beberapa penyelamatan cemerlang daripada Gregor Kobel. Tuan rumah telah memenangi lima perlawanan terakhir mereka dan tidak pernah kalah dalam perlawanan di bawah jurulatih baharu Xabi Alonso sejak kekalahan 2-0 di Leipzig pada Oktober.

    Dan kali ini Dortmund tidak memerlukan kemenangan lewat daripada Gio Reyna, berikutan gol lewat pemain Amerika itu untuk kemenangan ke atas Mainz (2-1) dan Augsburg (4-3).

    Marius Wolf terlibat dalam kedua-dua gol kelmarin, menguasao bola meskipun dihalang oleh Nadiem Amiri untuk gol pertama. Julian Brandt bermain satu-dua dengan Jude Bellingham dan Haller membuat hantaran lintangnya untuk Adeyemi yang tidak dikawal untuk menjaringkan gol.

    Adeyemi berada di bawah tekanan tanpa gol daripada mana-mana 13 penampilannya sebelum ini, tetapi pemain berusia 21 tahun itu beraksi lincah dari awal di Leverkusen, mengancam pertahanan dan menguasai bola. – AP

    Jude Bellingham (tengah) menanduk bola semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman di BayArena di Leverkusen, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...