Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dua dron ditembak jatuh di Iraq

    BAGHDAD, 4 JAN – Dua dron bersenjata yang menyasarkan pangkalan udara di barat Iraq telah ditembak jatuh hari ini, menurut seorang pegawai pakatan diketuai AS yang memerangi kumpulan Islamic State (IS).

    “Dua dron yang dipasang dengan bahan letupan telah dilepaskan kemudian dimusnahkan oleh keupayaan pertahanan di pangkalan udara Al-Asad Iraq awal pagi ini,” kata pegawai itu.

    “Percubaan serangan itu tidak berjaya. Semua pasukan terselamat.”

    Ia adalah serangan kedua seumpama itu dalam tempoh 24 jam yang menyasarkan pakatan di Iraq. Kelmarin, pakatan tersebut telah menembak jatuh dua dron bersenjata yang menyasarkan perkarangannya di lapangan terbang Baghdad.

    Serangan itu berlaku ketika Tehran dan sekutunya di seluruh Timur Tengah mengadakan peringatan penuh emosi menandakan ulang tahun kedua pembunuhan komander Iran, Jeneral Qassem Soleimani dan leftenan Iraqnya dalam serangan dron AS di lapangan terbang Baghdad.

    Tentera persekutuan itu bertukar kepada latihan dan peranan penasihat dengan berakhirnya misi tempur mereka pada bulan lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...