Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pemain tempatan M’sia kurang kompetitif

    KUALA LUMPUR, 4 JAN – Tinjauan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati pemain bola sepak di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif di peringkat domestik, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar.

    Bagi mengatasi perkara itu, Mohd Saifuddin berkata FIFA mengesyorkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan Liga Super dan Liga Perdana dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain.

    Katanya badan induk bola sepak dunia itu mencadangkan supaya saingan liga dijalankan secara tiga pusingan dengan setiap pasukan akan bertemu antara satu sama lain sebanyak tiga kali berbanding dua perlawanan yang perlu dilalui dalam format pertandingan ketika ini.

    “Format sedia ada dikekalkan cuma pasukan akan main sekali lagi satu pusingan, sebagai contoh Kelantan dah bermain dua perlawanan dengan Selangor, akhir sekali mereka akan bertemu semula dan kita akan tentukan siapa menjadi tuan rumah perlawanan itu.

    “Tetapi kita perlu tengok juga sama ada cadangan itu boleh dibuat dalam kita punya kalendar sebab kalendar kita ini lain sikit dari negara lain. Kita juga kena beri ruang kepada pasukan negara untuk buat persiapan,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

    Mohd Saifuddin berkata hasil tinjauan dilakukan FIFA terhadap ekosistem bola sepak Malaysia itu dikongsikan bersama FAM dalam mesyuarat secara maya antara kedua-dua entiti itu yang berlangsung dua minggu lepas.

    Katanya, mesyuarat itu turut dihadiri barisan ketua unit di bawah Jabatan Teknikal dan Pembangunan FAM antaranya Ketua Unit Belia FAM Mohamed Razip Ismail dan Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan Lim Kim Chon.

    “Jadi mereka akan buat analisis dan akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...