Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Dua kes COVID-19 meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Dua kes yang disahkan positif COVID-19 telah meninggal dunia dalam masa 24 jam lalu, yang mana kes pertama telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    “Manakala punca kematian bagi kes kedua adalah masih dalam siasatan,” jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini, selaku wakil Menteri Kesihatan.

    Di kesempatan itu, beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan Allahyarham.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...