Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Peruntukan $334.8 juta bagi Kementerian Pembangunan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Sebanyak $334.8 juta telah diperuntukkan bagi tahun kewangan 2022/2023 Kementerian Pembangunan yang mana jumlah tersebut meliputi $115.9 juta untuk gaji kakitangan, $107.2 juta untuk perbelanjaan berulang-ulang dan $111.7 juta bagi projek-projek di bawah RKN ke-11 yang sedang dan akan dilaksanakan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan mukadimah Kementerian Pembangunan pada hari kelima Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), di Bangunan Dewan Majlis hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, kementerian terus komited dalam melaksanakan rancangan-rancangan pembangunan, seperti perumahan awam dan menjamin keselamatan air negara. Beliau turut menjelaskan mengenai penyediaan perumahan negara yang mampan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan yang mana kementerian akan terus melaksanakan perancangan pembinaan skim-skim perumahan negara untuk rakyat yang memerlukan rumah.

    “Ini sama ada melalui RKN atau mencari kaedah lain yang difikirkan sesuai bagi pengurangan penggantungan sepenuhnya kepada perbelanjaan kerajaan,” jelasnya.
    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, dalam RKN ke-11, harga rancangan berjumlah $250 juta, sebanyak $38.8 juta diperuntukkan bagi meneruskan beberapa projek perumahan.

    Ini antaranya seperti Projek RPN Kampung Lugu sebanyak 1000 buah rumah teres sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada awal 2023, projek RPN Kg Tanah Jambu, sebanyak 750 buah rumah akan dibina pada pertengahan tahun ini.

    Sementara itu, 10 blok yang mengandungi 300 unit rumah pangsa H40 di Kampung Lambak yang mana setakat ini, 245 unit sudah di didiami dan selebihnya akan diisikan dalam masa terdekat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...