Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Dua lagi dimasukkan dalam Alert List BDCB

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Dua individu, syarikat atau entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) bagi Oktober 2022.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, BDCB memaklumkan kepada orang ramai bahawa individu, syarikat atau entiti yang dimasukkan dalam senarai berkenaan ialah
    btc_trading investment brunei (IG-Profile) (7278250) / Inv Bitcoin Brunei / investment bitcoin brunei serta CEX.IO.

    Alert List BDCB adalah senarai individu, syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan BDCB atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai tersebut, adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    BDCB juga menyatakan bahawa Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman sesawang BDCB.

    Orang ramai dinasihatkan supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya, berwaspada terhadap entiti atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang BDCB, www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    Jika mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti tidak berlesen, orang ramai boleh menghubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel, fci@bdcb.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...