Wednesday, May 8, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Dua lagi mayat ditarik keluar dari tapak makam Iraq

    KARBALA, IRAQ, 22 OGOS – Dua lagi mayat ditarik keluar hari ini dari sebuah makam di wilayah Karbala, Iraq selepas tanah runtuh menyebabkan sebahagian binaannya tumbang, meningkatkan jumlah korban kepada tujuh mangsa, kata perkhidmatan penyelamat.

    “Malangnya, kami menemui dua mayat pagi ini, seorang lelaki dan seorang wanita di bawah timbunan tanah dekat makam Qattarat al-Imam Ali, kata Pengarah Media Pertahanan Awam, Jawdat Abdelrahman kepada AFP.

    Setakat ini, mayat yang ditemui dari lokasi runtuhan termasuk seorang kanak-kanak, empat wanita dan dua lelaki, manakala tiga kanak-kanak telah diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

    “Kami meneruskan usaha mencari mangsa lain,” kata Abdelrahman sambil menambah saksi berkata mayat wanita lain masih di bawah runtuhan.

    Jurucakap pertahanan awam, Nawas Sabah Shaker berkata kelmarin antara enam dan lapan pengunjung dilaporkan terperangkap di bawah serpihan tempat suci itu, berhampiran bandar suci Syiah Karbala. – AFP

    Pekerja penyelamat mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan Qattarat al-Imam Ali di Karbala pada 21 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...