Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Dua pasukan bola sepak Myanmar tarik diri

    KUALA LUMPUR, 19 JAN – Dua pasukan bola sepak Myanmar telah menarik diri daripada kejuaraan Asia untuk tahun kedua berturut-turut, kata pegawai hari ini, ketika negara itu berdepan dengan kerisauan yang berterusan selepas rampasan kuasa tahun lalu.

    Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) berkata Shan United FC menarik diri daripada Liga Juara-juara AFC, manakala Hantharwady United FC juga menarik diri daripada Piala AFC.

    Liga Juara-Juara tersebut adalah kejuaraan kelab utama Asia, sementara Piala AFC adalah kejuaraan untuk kelab peringkat kedua.

    Hantharwady telah diundi untuk bermain dalam kumpulan I untuk Piala AFC, sementara Shan United mengambil bahagian dalam peringkat pendahuluan Liga Juara-Juara.

    Tidak ada alasan yang diberikan atas isu tarik diri mereka, dan tidak ada pengumuman untuk pasukan yang akan mengganti mereka.

    Kedua-dua pasukan menarik diri dalam kejuaraan yang sama tahun lalu.

    Myanmar telah dikawal dengan kekerasan sejak pengambilalihan kuasa pada Februari tahun lalu yang menggulingkan kerajaan awam Aung San Suu Kyi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...