Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Dua wakil KUPU SB hadiri mesyuarat di Thailand

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menghantar dua orang wakil untuk menghadiri Mesyuarat Presiden Persatuan Rangkaian Pendidikan Guru Asia Tenggara (AsTEN) ke-14 yang berlangsung dari kelmarin hingga esok di Bangkok, Thailand.

    Hadir bagi mewakili KUPU SB ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Dr Kharhan bin Haji Jait.

    Antara perkara yang dibincangkan semasa Mesyuarat Presiden AsTEN berkenaan termasuk cadangan pembangunan hala tuju strategik AsTEN dan inisiatif ahli AsTEN bagi 2022-2023.

    Turut dibincangkan ialah laporan instrumen Agensi Penjaminan Kualiti Pendidikan Guru AsTEN (ATQA), Program Latihan Pelatih (ToT) peringkat ASEAN dan bidang penerbitan penulisan ilmiah bagi Jurnal AsTEN.

    AsTEN merupakan rangkaian institusi pendidikan guru utama negara-negara ASEAN di mana ahli-ahli akan mengerakkan usaha dalam menangani isu, cabaran dan kebimbangan yang berkaitan dengan program, amalan dan dasar pendidikan guru dalam ASEAN.

    Persatuan tersebut juga berfungsi sebagai wadah kerjasama dalam akademik dan penyelidikan merentasi institusi anggota yang dapat memberikan manfaat kepada negara ahli dan rakyat ASEAN.

    Dr Haji Adanan dan Dr Kharhan bergambar ramai semasa mesyuarat berkenaan.- Gambar serahan KUPU SB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...