Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Duduk berjauhan kerana enggan ambil ujian COVID-19

    MOSCOW, 11 FEB – Rusia berkata hari ini Presiden Perancis, Emmanuel Macron dipaksa duduk di sebuah meja amat panjang untuk rundingannya bersama Vladimir Putin kerana beliau enggan menjalani ujian COVID-19.

    Pemimpin duduk di hujung meja amat panjang di Kremlin pada Isnin, apabila Macron tiba di Moscow dengan misi meredakan kebimbangan mengenai serangan Rusia ke atas Ukraine.

    Meja itu menerima ejekan dalam talian, dan menimbulkan lebih kejutan apabila Putin duduk di meja kecil dengan presiden Kazakh, sekutu rapat, tiga hari kemudian.

    Jurucakap Putin Dmitry Peskov berkata keputusan untuk Macron duduk di meja besar diambil selepas pemimpin Perancis itu enggan mengambil ujian COVID-19 yang dijalankan oleh kakitangan kesihatan Kremlin.

    “Rundingan dengan beberapa orang sedang diadakan di meja panjang, jarak dari satu hujung ke hujung lain adalah kira-kira enam meter,” kata Peskov.

    “Ia disebabkan sesetengah orang mengikut peraturan mereka sendiri, mereka enggan bekerjasama dengan negara tuan rumah,” katanya.

    Dalam kes sedemikian, Kremlin terpaksa ‘mengambil protokol tambahan untuk melindungi kesihatan presiden kami dan tetamunya.’

    Menurutnya, keputusan mengenai siapa duduk di meja panjang bukan bermotifkan politik. – AFP

    Presiden Vladimir Putin (kiri) mendengar penerangan Presiden Emmanuel Macron semasa mesyuarat mereka di Kremlin, Moscow baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...