Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Duta China tangguh pemindahan warganya

    BEIJING, 27 FEB – Duta China ke Ukraine hari ini berkata keadaan sekarang tidak selamat untuk memindahkan warganya, beberapa hari selepas kedutaan berkata ia akan menyediakan rancangan untuk membantu orang ramai untuk meninggalkan negara itu selepas pencerobohan Rusia.

    Dalam sebuah video di akaun rasmi WeChat pegawai China, duta China, Fan Xianrong segera menafikan khabar angin mengatakan dia sudah meninggalkan Kyiv dan memberi jaminan kepada warga China yang terkandas di negara yang dilanda peperangan itu.

    “Kita mesti menunggu sehingga keadaan selamat sebelum meninggalkan negara ini,” Fan berkata dari pejabatnya, duduk di hadapan bendera China.

    “Selagi syarat keselamatan dipenuhi dan keselamatan orang ramai dijamin, kami akan mengatur beberapa rancangan.”

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata pencerobohan Ukraine, yang bermula pada Khamis, memaksa hampir 150,000 orang melarikan diri ke negara-negara jiran.

    Warga China di Ukraine memindahkan barang sebaga persediaan untuk menonggalkan negara tersebut. Duta China di Ukraine memberitahu mereka akan memindahkan warganya setelah keadaan benar-benar selamat.- AP

    Dalam beberapa minggu kebelakangan, beberapa buah negara, termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, memanggil semula diplomatnya dan menggesa warganya untuk meninggalkan negara itu kerana kebimbangan perang yang semakin tegang.

    China, yang mengelak daripada mengutuk sekutu rapatnya Rusia sepanjang krisis, menunggu sehingga Khamis sebelum mengumumkan ia akan menyediakan penerbangan khas untuk mengeluarkan warganya.

    Ukraine telah menutup ruang udaranya bagi penerbangan awam pada hari yang sama, menyebutkan risiko tinggi dari senjata.

    “Sejak beberapa hari lalu, sama seperti yang lain, kami sentiasa mendengar penggera, letupan dan bunyi tembakan dan kami berulang kali bersembunyi di ruang bawah tanah. Keadaan seperti ini sebelum ini kami hanya dapat saksikan dalam filem,” kata Fan.

    Dia juga menyeru warganegara China agar ‘tidak bertelingkah dengan penduduk tempatan’, selepas beberapa dakwaan media sosial yang menyebutkan peningkatan keganasan ke atas warga China di Ukraine.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...