Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Duterte kritik Putin

    MANILA, 24 MEI – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang akan berundur telah mengkritik keras pemimpin Rusia Vladimir Putin kerana membunuh orang awam yang tidak berdosa di Ukraine, berkata sementara mereka berdua dilabel sebagai pembunuh, “Saya bunuh penjenayah-penjenayah, saya tidak bunuh kanak-kanak dan orang tua.”

    Duterte, yang secara terbuka menggelar Putin sebagai idola dan seorang rakan, meluahkan kritikannya buat pertama kali terhadap serangan Rusia ke atas Ukraine dalam ucapan yang disiarkan hari ini di mana dia menyalahkan peperangan tiga bulan itu atas peningkatan harga minyak yang menjejaskan banyak negara, termasuk Filipina.

    Sementara menegaskan bahawa dia tidak mengecam presiden Rusia itu, Duterte tidak setuju dengan Putin melabel serangan itu sebagai operasi tentera khas, dan berkata ia adalah peperangan skala penuh terhadap sebuah negara berdaulat.

    “Ramai yang kata bahawa Putin dan saya adalah pembunuh. Saya telah lama memberitahu rakyat Filipina saya benar-benar membunuh. Tetapi saya bunuh penjenayah-penjenayah, saya tidak bunuh kanak-kanak dan orang tua,” Duterte berkata dalam satu pertemuan mingguan bersama pegawai-pegawai kabinet utama, yang disiarkan di televisyen.

    “Kami berada dalam dua dunia yang berlainan,” ujarnya lagi. – AP

    Gambar yang diberikan Divisyen Jurugambar Presiden Malacanang menunjukkan Presiden Rodrigo Duterte mendengar semasa pertemuan bersama pegawai-pegawai kerajaan di istana presiden Malacanang, Filipina, pada 23 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...