Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Dynamik, Outsystems anjur sesi meja bulat

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Sebagai sebahagian daripada Minggu Teknologi Digital Brunei MYCE 2022, Dynamik Technologies, dengan kerjasama Outsystems, sebuah syarikat perintis pembangunan perisian kod rendah global, telah menganjurkan perbincangan meja bulat teknikal bertajuk Banking on Low Code.

Acara ini bertujuan membincang dan mempromosi penyelesaian bagi industri kewangan dan perbankan untuk memodenkan aplikasi mereka dengan mudah tanpa gangguan kepada sistem yang sedia ada menerusi penggunaan platform kod rendah. Para peserta bengkel terdiri daripada ketua pegawai teknologi, ketua teknologi maklumat (IT), pegawai utama daripada institusi kewangan utama dan organisasi lain. 

Perbincangan meja bulat itu telah dikendalikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Dynamik Technologies, Albert Hwong diikuti dengan pembentangan kajian kes seluruh dunia oleh Outsystems. Acara itu juga menyaksikan pratonton ringkas aplikasi mudah alih kod rendah tempatan yang dibina oleh pereka kod rendah Dynamik Technologies.

Pengurus Negara Outsystems bagi Brunei dan Malaysia, Vik Waran, menyatakan rasa penghargaannya kerana Outsystems diberi peluang untuk membentangkan kajian kes dari seluruh dunia tentang bagaimana pembangunan kod rendah boleh mengubah perkhidmatan kewangan.

Antara peserta yang menghadiri sesi meja bulat teknikal bertajuk ‘Banking on Low Code’ baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -