Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Ekonomi Vietnam catat pertumbuhan 2.58 peratus

    HANOI, 29 DIS – Vietnam melaporkan pertumbuhan ekonomi untuk tahun 2021 sebanyak 2.58 peratus hari ini, mengatasi tahap rendah 30-tahun yang dicatat pada tahun lalu ketika pandemik terus memberikan kesan teruknya.

    Negara komunis itu telah lama menjadi kisah kejayaan di antara ekonomi Asia, mencatat pertumbuhan tujuh peratus pada 2019.

    Namun penutupan akibat koronavirus telah menjejas ekonomi yang bergantung pada eksport, mendorong pertumbuhan KDNK merosot kepada 2.91 peratus pada 2020, yang terendah dilaporkan dalam tiga dekad.

    Pejabat Statistik Am (GSO) di Hanoi berkata pertumbuhan suku keempat mencecah 5.22 peratus, namun angka tahunan terjejas oleh penguncupan 6.02 peratus dalam suku ketiga.

    “Situasi rumit pandemik COVID-19 sejak akhir April memberi kesan teruk ke atas aktiviti komersial dan perkhidmatan, mengurangkan pertumbuhan sektor perkhidmatan dan seluruh ekonomi,” kata GSO dalam satu kenyataan.

    Untuk sekurang-kurangnya tiga bulan, hampir seluruh negara dikenakan sekatan ketat, dengan kesan besar ke atas pengeluaran, rantaian bekalan dan perniagaan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan pekerja bekerja di kilang pakaian di Hanoi. Vietnam melaporkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 2.58 peratus kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...