Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Harry Reid meninggal pada usia 82

    WASHINGTON, 29 DIS – Bekas pemimpin majoriti Senat Amerika Syarikat (AS), Harry Reid, seorang Demokrat Nevada yang bangkit dari permulaan yang sederhana untuk memimpin dewan atasan semasa presiden George W. Bush dan Barack Obama, meninggal dunia kelmarin pada usia 82 tahun.

    “Dengan rasa sedih, saya mengumumkan pemergian suami saya,” kata isterinya, Landra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media AS, tambahnya lagi, beliau meninggal ‘dengan tenang pada petang ini, dikelilingi oleh ahli keluarga kami.”

    Reid, yang menggunakan pengalamannya dalam Kongres untuk membantu Obama mengendalikan Akta Penjagaan Mampu yang diusahakannya melalui Senat, telah didiagnosis dengan kanser pankreas pada 2018.

    Seorang yang ringkas dan lemah lembut tutur katanya, Reid dilahirkan dan dibesarkan di bandar perlombongan di Searchlight, Nevada pada 2 Disember 1939, di sebuah rumah yang tidak mempunyai air panas atau jamban dalam rumah.

    Seorang pejuang pada masa mudanya, beliau menggunakan nalurinya untuk bekerja keras sehingga menjadi seorang pemimpin majoriti yang paling lama berkhidmat di sejarah Senat AS, dan malah menggelar biografinya sebagai ‘The Good Fight.”

    Presiden Joe Biden, yang telah berkhidmat sebagai naib presiden untuk Obama dan bersama Reid untuk tempoh masa dua dekad dalam dewan Senat, juga sebagai ‘orang penting dalam sejarah kita’ dan salah seorang “Pemimpin Majoriti Senat terbaik setiap masa,” menurut kenyataan seorang bekas rakan sekerjanya.

    “Bagi Harry, ia bukanlah mengenai kuasa demi kuasa. Ia adalah mengenai kuasa untuk melakukan suatu yang benar kepada rakyat.”

    Kelmarin, Obama telah menulis surat awam yang ditujukan kepada Reid sebelum beliau meninggal dunia, yang isinya berkata, “Saya tidak akan menjadi seorang presiden jika bukan kerana galakan dan sokongan, dan saya tidak akan mendapat apa yang saya telah buat tanpa kemahiran dan keazaman awda.” – AFP

    Reid, bekas pemimpin majoriti Senat dan ahli Kongres Nevada yang paling lama berkhidmat, telah meninggal dunia. Dia berumur 82 tahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...