Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Eksport China susut di luar jangkaan Okt

    BEIJING, 7 NOV – Eksport China merosot pada Oktober, kemerosotan pertama sedemikian sejak pertengahan 2020, kata pihak berkuasa kastam hari ini, ketika kelembapan ekonomi domestik dan risiko kemelesetan global membelenggu perdagangan antarabangsa.

    Eksport susut 0.3 peratus tahun-ke-tahun pada Oktober, menurut Pentadbiran Am Kastam, kemerosotan mendadak berbanding kenaikan 5.7 peratus pada September dan jauh lebih rendah daripada jangkaan penganalisis.

    Import tahun-ke-tahun menurun 0.7 peratus pada Oktober, negatif buat pertama kali sejak Mac pada tahun ini dan lebih rendah daripada pertumbuhan 0.3 peratus yang dicatat pada September.

    Kelembapan dalam perniagaan dicatat ketika permintaan global untuk produk China menjadi lemah, dengan harga minyak naik dan Amerika Syarikat berdepan risiko kemelesetan.

    Sekatan COVID juga telah menjejas keyakinan perniagaan dan pengguna dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

    Penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg meramalkan pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus pada Oktober, tetapi hanya menjangka pertumbuhan 0.1 peratus dalam import ketika menghadapi permintaan lembap dalam negara.

    “Kemerosotan dalam jumlah eksport baru-baru ini mencerminkan pemulihan dalam permintaan global untuk barangan China,” kata penganalisis Capital Economics Zichun Huang dalam nota hari ini.

    “Memandangkan pertumbuhan eksport yang kukuh telah menjadi penjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar terbesar di China sejak 2020, penyusutan eksport jelasnya akan memberi kesan ke atas pertumbuhan, pekerjaan dan pelaburan”. – AFP

    Kontena kelihatan di sebuah pelabuhan di Nanjing di timur wilayah Jiangsu, China pada 27 Oktober. Eksport China merosot pada Oktober ketika permintaan global dan kawalan antivirus menjejas perbelanjaan pengguna domestik. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...