Monday, April 29, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Emirates uji Boeing 777 guna bahan api mampan

    DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE), 30 JAN – Syarikat penerbangan Emirates berjaya mengendalikan penerbangan ujian Boeing 777 hari ini dengan satu enjin yang dikuasakan sepenuhnya oleh bahan api penerbangan yang mampan.

    Ia muncul ketika syarikat penerbangan di seluruh dunia berusaha untuk mengurangkan jejak karbon mereka.

    Pesawat EK2646 telah terbang selama kurang daripada satu jam di sepanjang pantai UAE, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, yang paling sibuk di dunia untuk pelancongan antarabangsa dan menuju ke Teluk Persia sebelum berpusing semula untuk mendarat. Bahan api itu menggerakkan salah satu enjin General Electric Co. Boeing, dengan enjin lain menggunakan dengan bahan api jet konvensional untuk keselamatan.

    “Penerbangan itu adalah saat bersejarah buat Emirates dan langkah positif bagi industri kami ketika bekerja secara kolektif untuk menangani salah satu cabaran terbesar kami iaitu mengurangkan jejak karbon,” kata Adel al-Redha, Ketua Pengendali Operasi Emirates, dalam satu kenyataan.

    Emirates, syarikat penerbangan milik kerajaan di bawah pemerintah Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai, menggambarkan bahan api mampan sebagai campuran ‘yang menyerupai ciri-ciri bahan api jet.’ Ia termasuk bahan api daripada Neste, syarikat Finland, dan Virent, syarikat Madison, Wisconsin.

    Virent menggambarkan dirinya sendiri sebagai menggunakan gula berasaskan tumbuhan untuk membuat sebatian yang diperlukan untuk bahan api jet mampan, manakala bahan api Neste datang daripada minyak sayur-sayuran dan lemak haiwan. Bahan-bahan api ini mengurangkan pembebasan karbon dioksida yang biasanya terbakar oleh enjin semasa penerbangan.

    Menurut World Resources Institute, sebuah badan penyelidikan yang berpangkalan di Washington, penerbangan hanya mengeluarkan separuh jumlah karbon dioksida yang dihasilkan oleh kereta dan lori. Walau bagaimanapun, pesawat jauh lebih sedikit digunakan oleh orang setiap hari, bermakna penerbangan adalah sumber lebih tinggi karbon dioksida per kapita.

    Pembuat pesawat dan enjin telah merancang model yang lebih cekap, sebahagiannya untuk membantu mengekalkan kos bahan api jet, salah satu kos terbesar yang dihadapi oleh syarikat penerbangan. Contohnya, Emirates sahaja menggunakan lebih daripada 5.7 tan bahan api jet tahun lalu, yang menelan kos sebanyak AS$3.7 bilion daripada jumlah perbelanjaan tahunan mereka iaitu AS$17 bilion. – AP

    Sebuah pesawat jet Emirates berada di tarmak Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di Dubai, UAE. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...