Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Polis tahan lelaki memandu secara berbahaya, langgar sebuah kereta

    KUALA LUMPUR, 26 APRIL – Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat dengan memandu kenderaan secara berbahaya dengan niat mengancam keselamatan pemandu lain di ibu negara Rabu lepas.

    Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek berumur 35 tahun itu ditahan susulan aduan seorang lelaki, yang mendakwa suspek dengan sengaja melanggar keretanya, dalam kejadian pada Isnin lepas.

    Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bahawa kenderaan pengadu mengalami kerosakan teruk namun pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Menurutnya, suspek direman tiga hari, dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai pelbagai rekod jenayah sejak tahun 2014 dan masih dikehendaki bersabit penyiasatan kes jenayah di daerah Cheras. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...