Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Honda umum kilang bateri, EV bernilai AS$11 bilion di Kanada

    ALLISTON, 26 APRIL – Syarikat kereta terbesar Jepun, Honda kelmarin mengumumkan pelaburan automotif terbesar dalam sejarah Kanada, bernilai Can$15 bilion (AS$11 bilion), untuk kilang pemasangan bateri dan kenderaan elektrik (EV) baharu yang besar.

    Ketua Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe, memberitahu sidang akhbar bersama Perdana Menteri Justin Trudeau dan pegawai lain bahawa EV akan mula dilancarkan dari kilang pemasangan baharu itu pada 2028.

    Setelah beroperasi sepenuhnya, kilang itu akan mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 240,000 kenderaan setahun dan pengeluaran bateri sebanyak 36GWj setahun.

    “Dunia sedang berubah dengan pantas dan kita mesti berusaha ke arah merealisasikan neutraliti karbon untuk mengekalkan persekitaran global,” kata Mibe.

    Honda menganggarkan bahawa 1,000 pekerjaan baharu akan diwujudkan di kemudahan itu, yang akan dibina bersebelahan kilang pemasangan Civic dan CR-V sedia ada di utara Toronto yang telah menggaji 4,200 pekerja.

    Trudeau menonjolkan usaha Ottawa untuk menubuhkan ‘ekosistem lengkap’ di sekitar pengeluaran bateri elektrik, meletakkan Kanada sebagai destinasi menarik untuk pelaburan EV, dengan insentif cukai yang besar, akses tenaga boleh diperbaharui dan deposit mineral jarang ditemui.

    “Disebabkan pilihan yang telah dibuat oleh kerajaan kita sejak beberapa tahun lalu, Kanada kini menduduki tempat pertama, di peringkat global dalam ranking rantaian bekalan bateri lithium-ion Bloomberg,” kata Trudeau.

    Perdana Menteri Ontario, Doug Ford menyatakan bahawa wilayahnya adalah satu-satunya tempat di dunia yang menempatkan enam daripada pembuat kereta terbesar dan dengan pelaburan Honda kini ‘mengetuai dunia dalam revolusi EV’. – AFP

    Kereta Honda Ye S7 dipamerkan di Pameran Auto Beijing pada 25 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...