Tuesday, May 21, 2024
25.1 C
Brunei

    -

    Empangan pecah, syarikat lombong Brazil bayar AS$25 bilion

    RIO DE JANEIRO, 30 APRIL – Syarikat gergasi perlombongan Vale dan BHP telah bercadang untuk membayar penyelesaian berjumlah hampir AS$25 bilion berhubung empangan runtuh pada 2015 di Brazil yang mengorbankan 19 orang dan membanjiri berpuluh-puluh buah bandar, kata Vale kelmarin.

    Syarikat tersebut mencadangkan pembayaran sebanyak 127 bilion reais, atau hampir AS$25 bilion, untuk pembaikan keseluruhan kerosakan dalam salah satu bencana alam sekitar yang paling teruk di negara itu, kata syarikat Brazil itu dalam satu kenyataan.

    Jumlah itu termasuk lebih daripada AS$7 bilion yang telah dibelanjakan untuk pembaikan dan pampasan untuk kira-kira 430,000 orang yang terjejas, tambahnya.

    Tragedi yang berlaku di bandar tenggara Mariana itu telah mengeluarkan hampir 40 juta meter padu pencemaran sisa perlombongan yang sangat toksik, telah membunuh 19 orang, membanjiri 39 buah bandar dan menyebabkan lebih 600 orang kehilangan tempat tinggal. – AFP

    Gambar fail bertarikh 6 November 2015 menunjukkan empangan pecah di perkampungan Bento Rodrigues, di Mariana, negeri Minas Gerais di tenggara Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...