Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    England fokus latihan sepakan penalti

    LONDON, 29 MAC – Gareth Southgate memberitahu bintang-bintang England kendaliannya supaya memberi tumpuan lebih kepada latihan penalti dalam usaha mereka memburu gelaran Piala Dunia.

    Skuad kendalian Southgate tewas pada penentuan penalti di tangan Itali ketika final Kejuaraan Eropah tahun lalu.

    Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan masing-masing dalam kekalahan di Wembley itu.

    Southgate, yang turut terlepas sepakan penalti penting ketika kekalahan kepada Jerman pada separuh akhir Euro 96, percaya kunci kepada kejayaan penalti adalah kemahiran hasil daripada latihan berulang kali. Bercakap menjelang perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast di Wembley hari ini, ketua England itu menjelaskan bahawa butir-butir kecil akan menjadi penentu apabila Piala Dunia bermula di Qatar pada November.

    “Kami berbincang secara mendalam tentang apa yang boleh diperbaiki untuk menjadi juara dunia. Kami tidak berpeluang melakukannya sebelum ini kerana fokus kepada kelayakan, jadi kami rasa kem ini adalah masa yang baik untuk memulakannya. Penalti adalah sebahagian daripadanya.

    “Buat masa ini, pemain yang biasa mengambil sepakan penalti untuk kelab masing-masing hanyalah Harry Kane, James Ward-Prowse.

    “Ketika menentang Itali, lima pemain utama mereka mengambil lebih 40 se-pakan penalti dalam aksi kompetitif. Kane berada di tahap itu dan Rashford seterusnya pada 20 sepakan.

    “Jadi kami akan mengambil pendekatan berbeza daripada hanya menerima latihan yang mereka dapat di kelab,” kata Southgate menjelang aksi persahabatan menentang Ivory Coast di Wembley esok.

    England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018 dan naib juara Euro 2020, dan kali terakhir menjulang trofi utama adalah pada Piala Dunia 1966. – AFP

    Gareth Southgate (kiri) dan Steve Holland (kanan) semasa mengetuai sesi latihan pasukan bola sepak England di Kelan Bola Sepak Tottenham Hotspur di Enfield, Londonpada 28 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...