Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    England tewaskan Senegal

    ANKARA, 5 DIS – England menewaskan Senegal 3-0 semalam dalam perlawanan Pusingan 16 sebelum melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2022, lapor agensi Anadolu.

    Jordan Henderson berjaya menjaringkan gol pembukaan untuk England pada minit ke-38 dibantu Jude Bellingham.

    Sementara itu, bintang England, Harry Kane menjaringkan gol pertamanya di Qatar 2022 pada separuh masa pertama menerusi serangan balas.

    The Three Lions mendahului separuh masa pertama 2-0 di Stadium Al Bayt di Al Khor, Qatar.

    Pada minit ke-57, pemain sayap England, Bukayo Saka menghadiahkan gol penyudah jarak dekat selepas dibantu Phil Foden.

    England dijadual menentang Perancis pada Sabtu di Stadium Al Bayt. – Bernama

    Aksi pemain England, Bukayo Saka (kanan), menjaringkan gol ketiga semasa dalam perlawanan menentang Senegal di Stadium Al Bayt, Al Khor, Qatar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...