Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Erat hubungan melalui sukan tarik kalat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam telah menganjurkan perlawanan persahabatan antara Pasukan Antara Kelab Brunei Darussalam dengan Pasukan Tentera Laut Pakistan di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Perlawanan persahabatan itu diadakan adalah untuk mengukuhkan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Pakistan melalui sukan terutamanya acara tarik kalat.

    Hadir selaku tetamu kehormat semasa perlawanan itu ialah Timbalan Ketua Misi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam, Ghulam Haider. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam, Dr Andy Lau Sie Chuong.

    Ahli Pasukan Brunei yang menyertai perlawanan termasuk peserta daripada beberapa buah kelab iaitu Pasukan Chainblock, HSN Fit, Pasukan DX, SPSS, Tuggers, MG5 dan Mengkubau United.

    Sementara itu, Pasukan Tentera Laut Pakistan diwakili oleh Pasukan Shamsheer dan Pasukan Nasr.

    Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil yang disampaikan oleh Ghulam Haider kepada semua peserta, dan diselajurkan dengan acara pertukaran cenderahati antara

    Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam dan para pegawai dari Tentera Laut Pakistan.

    Ghulam Haider menyampaikan cenderahati kepada wakil Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam. – Gambar serahan Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...