Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Izara Aishah jijik dengan manusia yang mengutuk anak damit

    Jijik dengan manusia yang mencaci, mengutuk dan menghina anak damit, pelakon Izara Aishah meluahkan rasa marah terhadap segelintir individu yang mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap anak damit yang tidak bersalah.

    Kekecewaan Izzara yang diluahkan menerusi satu ciapan di Twitter dipercayai berkaitan dengan pendedahan wajah anak kepada Neelofa iaitu Muhammad Bilal.

    Pelakon drama Vanilla Coklat itu menzahirkan rasa kurang senang dengan golongan yang mencaci, mengutuk dan menghina anak damit berkenaan.

    “JIJIK DENGAN MANUSIA YANG CACI, KUTUK, HINA BUDAK. TU ANAK DAMIT LA,” tulis Izara atau nama penuhnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin.

    Biarpun tidak menyebut mana-mana nama di dalam ciapannya, warga Twitter kebanyakannya yakin luahan ibu kepada Irisa Alaia itu mempunyai perkaitan dengan Muhammad Bilal.

    Menerusi ruangan balasan, warga laman sosial itu kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

    Bahkan ada yang yang turut terkilan dengan sikap segelintir warganet yang toksik.

    “Manusia sekarang makin tenat. Moga kita semua di bawah lindunganNya selalu.”

    “Betullah anak dia comel, segak ikut mak ayah. Yang lain kutuk tu memang hitam betul hatinya. Budak pun mengata.”

    “Orang kita akhir-akhir ni miskin dengan adab. Bukan semua tapi kebanyakkannya.”

    “Memang ada manusia hati hitam dan busuk sampai baby pun kena hina. Bukan anak Neelofa sahaja, anak Fazura, anak CTDK pun orang kutuk.”

    “Kesian budak tu kecik kecik kena hina dengan manusia sampah.” – Agensi

    Izara jijik dengan manusia yang mencaci anak damit yang tidak bersalah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...