Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Muaz, Raden muncul juara Fit For Action

    Siapa sangka peserta yang pernah tersingkir, namun diserap semula melalui pusingan ‘wild card’, dijulang sebagai juara program realiti, Fit For Action yang disiarkan secara langsung di TV3, baru-baru ini.

    Peserta dari Selangor, Muaz Mohamad Zabir, 25, yang disingkirkan pada minggu keempat, tidak menyangka namanya diangkat sebagai juara bagi kategori lelaki.

    Bagi kategori wanita pula, gadis berusia 25 tahun, Raden Zaharatul, 25, dari negeri sama, muncul pemenang.

    Muaz mengakui terlalu banyak kenangan, sama ada gembira atau sedih dikutip sejak minggu pertama hingga terakhir program yang bersiaran selama enam minggu itu.

    Bagi Muaz, penyingkiran pada awal program disifatkan sesuatu yang amat mengecewakan dan menjadi momen menyedihkan.

    Muaz dan Raden muncul juara kategori lelaki dan wanita musim pertama program realiti, Fit For Action. – Agensi

    Bagaimanapun, peluang diserap semula menerusi pusingan ‘wild card’ seakan menghidupkan kembali peluang dan cita-citanya.

    “Setiap momen yang dilalui sepanjang bersama program Fit For Action, akan saya ingati sampai bila-bila.

    “Kenangan paling sukar untuk saya lupakan tentulah apabila nama saya disingkirkan pada minggu keempat.

    Muaz dan Raden muncul juara kategori lelaki dan wanita musim pertama program realiti terbitan TV3, Fit For Action.

    “Namun, saya amat bersyukur diserap semula menerusi pusingan ‘wild card’. Sejak itu, saya tidak mensia-siakan setiap ruang dan peluang yang ada,” katanya.

    Muaz menambah, kejayaan dinobatkan sebagai juara adalah sesuatu yang tidak diduga berikutan dirinya tidak memiliki pengalaman dalam dunia lakonan.

    Apatah lagi, dia hampir tidak dapat meneruskan cabaran pada peringkat kedua uji bakat kerana perlu menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat COVID-19.

    “Saya hampir tidak dapat meneruskan ke peringkat kedua uji bakat kerana perlu menjalani kuarantin akibat menjadi kontak rapat.

    “Mujurlah hanya jangka masa singkat, peluang untuk meneruskan uji bakat kedua tentu sekali tidak saya lepaskan begitu sahaja.

    “Ternyata berbaloi apabila saya diangkat sebagai juara,” katanya.

    Sama seperti Muaz, Raden sentiasa mengenang setiap momen dalam program itu terutama saat penyingkiran pada setiap pusingan.

    Raden yang sudah memiliki pengalaman sebagai pelakon tambahan berkata, dia sudah bersedia untuk serius dalam dunia seni. Malah, Raden sudah bersedia daripada sudut mental untuk berdepan dengan sepak terajang serta kecaman industri hiburan.

    “Saya sertai Fit For Action untuk mengasah bakat dan mendapat tunjuk ajar daripada penggiat seni berpengalaman. Saya berharap dengan kemenangan ini, peluang untuk menjadi pelakon utama akan terbuka luas pada masa depan.

    “Sekiranya kerjaya lakonan menjadi perjalanan hidup saya di masa depan, saya bersedia dari sudut mental untuk berdepan dengan kontroversi atau kecaman sebagai anak seni.

    “Ini satu perkara yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, sebagai pelakon, kitalah yang perlu mengawal diri sini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...