Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    EU kecam sekatan bijirin Rusia ke atas Ukraine

    LUXEMBOURG, 20 JUN – Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell, berkata kelmarin bahawa Rusia harus bertanggungjawab jika ia terus menyekat eksport bijirin yang sangat diperlukan dari Ukraine.

    “Tidak dapat dibayangkan situasi di mana berjuta-juta tan gandum kekal disekat di Ukraine manakala di seluruh dunia orang menderita kelaparan. Ini ialah jenayah perang sebenar,” kata Borrell pada mesyuarat menteri luar EU.

    Sebelumnya, Barat telah menuntut Moscow menghentikan sekatan pelabuhan Laut Hitam Ukraine untuk membolehkan simpanan besar bijirin dibawa ke pasaran dunia berikutan kebimbangan berlakunya kebuluran di kawasan yang mudah terdedah.

    Sementara itu, EU turut menyokong usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjadi perantara perjanjian antara Ukraine, Rusia dan Turki bagi mengeluarkan bijirin. Walau bagaimanapun, usaha tersebut gagal mencapai sebarang kemajuan setakat ini.

    Susulan daripada usaha tersebut, PBB juga telah bergelut untuk membantah dakwaan Moscow bahawa kenaikan harga dan kemerosotan di Timur Tengah dan Afrika adalah disebabkan oleh sekatan EU yang dikenakan ke atas pencerobohan Ukraine.

    Josep Borrell bercakap dengan pihak media semasa mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar di bangunan Majlis EU di Luxembourg kelmarin. – AFP

    “Saya ingin menegaskan bahawa bukan sekatan Eropah yang mewujudkan krisis ini.

    Sekatan kami tidak menyasarkan makanan dan baja,” kata Borrell.

    “Masalah sebenar berpunca daripada sekatan Rusia terhadap bijirin Ukraine,” tambahnya,”.

    Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Catherine Colonna, turut menegaskan bahawa “Rusia mesti berhenti bermain dengan kelaparan global”.

    “Membiarkan bijirin disekat adalah berbahaya bagi kestabilan dunia,” katanya lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...