Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Fitzpatrick takluk Terbuka AS

    BROOKLINE, AMERIKA SYARIKAT, 20 JUN – Matt Fitzpatrick dari England merangkul kejuaraan utama yang pertamanya apabila muncul juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) dalam aksi penuh dramatik, dengan membuat beberapa pukulan yang menakjubkan ketika pesaingnya berasa tertekan dalam perlawanan pusingan akhir tersebut, kelmarin.

    Selepas pertarungan tiga pemain penuh mendebarkanpada baki sembilan lubang di Country Club, Fitzpatrick membenam dua-di bawah-par 68 untuk menamatkan aksi dengan enam-di bawah-par 274 secara keseluruhan dan menewaskan pemain dari AS, Scottie Scheffler serta Will Zalatoris dengan satu pukulan.

    Fitzpatrick mengatakan bahawa dia berjaya membuat beberapa pukulan sukar dan ia faktor kejayaan hari ini.

    Beraksi dengan ketenangan, Fitzpatrick berjaya meraih kemenangan profesional AS pertamanya untuk merangkul trofi kejohanan utama yang sudah lama diinginkannya.
    Pemain berusia 27 tahun dari Sheffield itu, berkongsi tempat kelima pada bulan lalu di Kejohanan PGA atas prestasi terbaiknya dalam kejohanan utama, berjaya melakukan birdie di lubang ke-13 untuk berkongsi mata pendahuluan.

    Di lubang ke-15, Fitzpatrick membuat pukulan untuk meraih enam-bawah-par dan mendahului dua mata setelah Zalatoris membuat bogey dalam perlawanan tersebut.

    Selepas birdie daripada juara Master, Scheffler, di lubang ke-17 dan Zalatoris di lubang ke-16, Fitzpatrick berjaya mendahului satu pukulan setelah meraih tee berdekatan dengan lubang ke-18.

    Pemain dari Britain itu membuat pukulannya dari bunker, tetapi berjaya melancarkan aksi cemerlang dari 18 kaki dan dua kali membuat pukulan untuk mendapatkan par. – AFP

    Aksi Matt Fitzpatrick membuat pukulan dari bunker semasa perlawanan pusingan akhir di Kejohanan Terbuka AS, Country Club, Brookline, Massachusetts. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...