Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    EU serah vaksin cacar monyet ke Sepanyol

    BRUSSELS, 29 JUN – Suruhanjaya Eropah menerusi Pihak Berkuasa Kesiapsiagaan dan Kecemasan Kesihatan (HERA) membeli kumpulan pertama 5,300 dos vaksin cacar monyet yang dihantar ke Sepanyol kelmarin, kata jurucakap Suruhanjaya itu.

    “Setakat ini, kumpulan pertama vaksin telah tiba di negara-negara paling teruk terjejas akibat wabak cacar monyet,” lapor Xinhua memetik kenyataan pesuruhjaya Eropah untuk kesihatan dan keselamatan makanan Stella Kyriakides, sebagai berkata.

    Pada pertengahan Jun, suruhanjaya itu juga telah menempah 109,090 dos Imvanex, vaksin cacar yang dihasilkan pengeluar Denmark Bavarian Nordic, dan akan dihantar ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU), Norway serta Iceland menjelang akhir bulan ini. Vaksin itu diperuntukkan secara pro-rata, dengan negara merekodkan bilangan tertinggi kes akan diutamakan. 

    Selepas Sepanyol, Portugal, Jerman dan Belgium dijangka menerima vaksin itu.

    Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) kelmarin turut mengkaji semula keberkesanan penggunaan Imvanex terhadap virus cacar monyet.  Kajian makmal menunjukkan bahawa vaksin tersebut ‘mencetuskan antibodi melawan virus’, menurut agensi itu. Imvanex kini dibenarkan untuk kegunaan orang dewasa di negara-negara EU.  Vaksin cacar boleh digunakan untuk membendung penyebaran cacar monyet, berikutan virus cacar dan cacar monyet saling berkait rapat.

    Oleh kerana Imvanex tidak tersedia secara meluas di EU, EMA mengesyorkan Jynneos buatan Amerika Syarikat, yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat bagi merawat jangkitan cacar dan cacar monyet. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...