Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    FABD, Qatar FA jalin kerjasama

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD) telah menandatangani memorandum kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Qatar (Qatar FA) dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Qatar FA di Menara Al-Bidda, Doha, Qatar, baru-baru ini.

    Hadir menyaksikan penandatanganan tersebut ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Qatar, Tuan Yang Terutama Haji Mohamed Bahrin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar.

    Hadir bagi menandatangani memorandum tersebut ialah Presiden Qatar FA, Sheikh Hamad bin Khalifa bin Ahmed Al Thani, manakala FABD diwakili oleh presiden FABD sendiri iaitu Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan. Perjanjian lima tahun tersebut merupakan langkah penting dalam pembangunan bola sepak bagi kedua-dua negara kerana ia termasuk pertukaran teknikal dan profesional, selain mempunyai lebih banyak kemungkinan menganjurkan perlawanan persahabatan antara satu sama lain di waktu yang sesuai.

    Memorandum tersebut juga merupakan sebahagian daripada strategi Qatar FA untuk membangunkan bola sepak melalui rakan kongsi antarabangsa, khususnya di rantau ASEAN, di mana Brunei Darussalam merupakan salah satu ahlinya.

    Selain itu, perjanjian berkenaan berfungsi untuk mengukuhkan hubungan antara Negara Brunei Darussalam dan Qatar melalui bola sepak, dengan menetapkan manfaat daripada amalan terbaik yang diadaptasi oleh QFA.

    Pengiran Haji Matusin bersama Sheikh Hamad pada majlis penandatanganan memorandum kerjasama tersebut di Menara Al-Bidda, Doha, Qatar. – Gambar serahan Qatar FA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...