Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ferdinand Marcos Jr menang besar pilihan raya presiden

    MANILA 10 MEI – Anak lelaki mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos telah mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya presiden hari ini, selepas rakyat Filipina membuat pertaruhan ke atas dinasti yang dikenali namun tercemar itu boleh mengurangkan kemiskinan yang menjadi-jadi, sambil menyangkal amaran-amaran bahawa kepulangan keluarga itu akan memburukkan gejala rasuah dan melemahkan demokrasi.

    Dengan kiraan awal hampir lengkap, Ferdinand “Bongbong” Marcos Jr telah menjamin lebih 56 peratus undian dan lebih daripada dua kali ganda kiraan pesaing rapatnya, liberal Leni Robredo.

    Pendahuluannya yang tidak dapat disangkal dengan lebih 16 juta undi menandakan satu lagi perubahan nasib keluarga Marcos, yang telah beralih dari istana presiden ke paria dan kembali semula dalam tempoh beberapa dekad.

    Kemenangan Marcos merupakan satu lagi pukulan kepada berjuta-juta rakyat Filipina yang berharap untuk menukar haluan selepas enam tahun pemerintahan yang semakin autoritarian oleh presiden Rodrigo Duterte.

    Jauh daripada menyingkirkan pengaruh Duterte, pengundi memilih anak perempuannya Sara sebagai naib presiden dengan kemenangan besar dalam undian selari.

    Pada 1986, Marcos Sr dan wanita pertama, Imelda Marcos diburu menjadi orang buangan oleh revolusi ‘kuasa rakyat’.

    Marcos Jr berkeras enggan mengecam kekejaman dan kegiatan rasuah keluarganya dalam kempen yang ditutupi secara sistematik.

    Dengan memori mengenai rejim itu semakin lesap mengikut peredaran masa dan dikelirukan dengan hantaran Facebook yang mengelabui, pengundi-pengundi beralih kepada Marcos untuk menghidupkan semula kegemilangan lampau. – AFP

    Para penyokong Ferdinand Marcos Jr memegang akhbar dengan liputan mengenai kemenangan besarnya di luar ibu pejabat kempen di Bandar Mandaluyong, Metro Manila, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...