Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Gabenor Ohio tandatangani rang undang-undang benarkan pekerja sekolah bersenjata

    COLUMBUS, OHIO, 14 JUN – Daerah-daerah di sekolah Ohio membenarkan pekerjanya untuk memiliki senjata pada penghujung musim luruh ini di bawah rang undang-undang yang ditandatangani oleh Gabenor GOP, Mike DeWine kelmarin.

    Undang-undang tersebut, seperti yang digubal, mengehendaki pekerja untuk menjalani latihan sehingga 24 jam dan maksimum sehingga lapan jam latihan tahunan sebelum dibenarkan bersenjata. Program latihan mesti diluluskan oleh Pusat Keselamatan Sekolah Ohio.

    Sekolah juga boleh menyediakan latihan tambahan jika mereka mahu, kata DeWine.

    Sebelum mengumumkan penandatanganan rang undang-undang tersebut, gabenor menggariskan beberapa langkah keselamatan yang dia dan penggubal undang-undang telah promosikan, termasuk AS$100 juta bagi peningkatan keselamatan sekolah dan AS$5 juta bagi naik taraf di peringkat kolej.

    Negeri itu juga menambah seramai 28 orang pekerja ke pusat keselamatan sekolah bagi bekerjasama dengan semua daerah dalam isu keselamatan dan menyediakan latihan di bawah undang-undang baharu. Ohio juga telah menyediakan AS$1.2 juta dalam pembiayaan kesihatan sekolah untuk menangani kesihatan mental dan isu-isu lain, kata gabenor itu.

    Gabenor berkata keutamaannya kekal dengan sekolah untuk mengupah pegawai bersenjata dan undang-undang tersebut adalah satu lagi alat untuk melindungi golongan kanak-kanak. Beliau turut menekankan bahawa ia ialah pilihan, bukan keperluan.

    Sementara itu, beberapa orang datuk bandar Ohio juga bergabung petang kelmarin untuk mengkritik langkah dan kegagalan penggubal undang-undang Republikan bagi mempertimbangkan sebarang cadangan kawalan senjata api. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...