Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    BIBD sokong Minggu Tenaga MYCE 2022

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) sekali lagi akan mengambil bahagian dalam Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 dengan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk menyokong Minggu Tenaga bermula 15 hingga 17 Jun ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan BIBD, hari ini, antara acara kemuncak penyertaan BIBD dalam Minggu Tenaga berkenaan ialah Klinik Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) atau MSME Clinic di mana PMKS tempatan dan syarikat baharu akan mengetahui lebih lanjut mengenai platform BIBD SME360 secara menyeluruh; penyelesaian perbankan komprehensif yang melengkapkan keperluan perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang merangkumi pasukan pengurusan perhubungan yang berdedikasi, penyelesaian kewangan serta pembayaran digital.

    Turut dipamerkan semasa acara berkenaan ialah BizNet yang merupakan penyelesaian perniagaan digital bank tersebut serta kaedah pembayaran tanpa tunai seperti BIBD QuickPay.

    Kenyataan juga mengatakan BIBD sentiasa komited terhadap pembangunan PMKS tempatan dan telah menyokong usaha kebangsaan dengan meningkatkan inisiatif dan program berkaitan PKS dengan memperkasakan mereka dengan penyelesaian perniagaan digital yang mantap dan komprehensif.

    Dalam pada itu, produk-produk seperti BIBD BizNet, Akaun Semasa PMKS dan BIBD QuickyPay telah membantu mengisi kekosongan dan menambah baik operasi PKS, selaras dengan objektif bank untuk memenuhi keperluan semua jenis PKS.

    Sebagai sebahagian daripada komitmen BIBD untuk mempercepatkan pembangunan PKS dengan menangani beberapa cabaran, SME360 menumpukan penyediaan bantuan holistik dan komprehensif kepada perniagaan kecil melalui pasukan pengurusan perhubungan bank yang berpengalaman dan berdedikasi yang akan bertindak sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam perkembangan perjalanan perniagaan mereka. Selain itu, ia juga bagi menambah baik akses kepada kewangan dan sumber, menawarkan nasihat dan panduan yang relevan dalam mendigitalkan perniagaan mereka.

    Pada kemuncak Minggu Tenaga berkenaan, Siri BIBD SME360, siri forum selama enam bulan yang merangkumi 10 sektor berbeza terkesan daripada pandemik akan bersidang secara fizikal buat julung kalinya di mana sebelumnya hanya dianjurkan secara maya. Siri SME360 minggu ini akan memberi tumpuan kepada sektor tenaga dan menghimpunkan para penceramah tersohor yang mewakili sektor tenaga tempatan yang bakal berlangsung di Dewan Musyawarah pada 17 Jun ini, dianjurkan dengan kerjasama DARe yang turut disokong oleh Autoriti Petroleum di bawah Jabatan Tenaga, Jabatan Perdana Menteri.

    Sehubungan itu, orang ramai, khususnya pemilik PMKS dialu-alukan untuk berkunjung ke petak pameran BIBD di Brunei MYCE 2022 nanti bagi mengetahui lebih lanjut tentang pengendalian BIBD dalam usaha membantu perjalanan perniagaan. Manakala mereka yang berminat untuk menyertai forum yang berlangsung nanti boleh mendaftar secara percuma di https://tinyurl.com/sme360-energy.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...