Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Garcia sasar prestasi terbaik Olimpik Paris

    TOKYO, 20 SEPT – Sukan Olimpik telah menjadi ‘malapetaka’ bagi pemain Perancis, Caroline Garcia tetapi bintang tenis yang cemerlang itu berharap dapat mengembalikan keseimbangan di laman sendiri pada kejohanan Sukan Paris 2024.

    Garcia digantung oleh pasukan Perancis kerana tingkah laku “tidak boleh diterima” pada Sukan Olimpik Rio 2016 dan tersingkir pada pusingan pertama kedua-dua pertandingan perseorangan dan beregu wanita tahun lepas di Tokyo.

    Tetapi pemain nombor 10 dunia itu menantikan temasya ‘istimewa’ di Paris selepas mara ke separuh akhir Grand Slam buat kali pertama dalam kerjayanya di Terbuka AS bulan ini.

    “Saya sudah melakukannya dua kali, Sukan Olimpik,” kata Garcia di Tokyo semalam, di mana dia sedang bersiap untuk bermain di Terbuka Pan Pasifik minggu ini.

    “Ia adalah bencana setiap kali, jadi sekurang-kurangnya saya boleh meningkatkan prestasi pada perlawanan seterusnya. Hanya untuk memenangi perlawanan adalah bagus.”

    Persekutuan tenis Perancis mengenakan larangan sementara ke atas Garcia dan pasangan beregu Kristina Mladenovic selepas mereka secara terbuka mengkritik badan induk itu di Sukan Rio.

    Mladenovic berkata persekutuan gagal memberitahu pemain tentang peraturan kejohanan di mana mereka perlu memakai warna yang sama di gelanggang, memaksa Garcia menukar kit pada minit akhir yang dipinjam daripada rakan sepasukannya.

    Penggantungan itu kemudiannya ditarik balik tetapi kemelut Olimpik Garcia berterusan apabila dia keluar awal pada Sukan Tokyo tahun lepas.

    Dia berharap dapat mencatat prestasi baik di Sukan Olimpik Paris dan berasa teruja apabila berjaya mara ke separuh akhir Terbuka AS selepas mencatatkan kemenangan berturut-turut dalam 13 perlawanan. – AFP

    Reaksi Caroline Garcia semasa perlawanan menentang Ons Jabeur pada separuh akhir kejohanan tenis Terbuka AS di New York pada 8 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...