Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    ‘Cabaran TikTok sejenis perjudian’

    RIYADH, 20 SEPT – Cabaran-cabaran dalam laman rangkaian sosial terutamanya aplikasi terkenal TikTok adalah sejenis perjudian yang ‘memakan duit orang’, yang mana penipuan tersebut dilarang dalam Islam, menurut ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah Al-Manea.

    “Aktiviti seperti itu tidak dibenarkan dalam apa juga keadaan sama ada membabitkan permainan antara sesama jantina ataupun sebaliknya,” kata Sheikh Abdullah Al-Manea.

    Bercakap kepada Okaz/Saudi Gazette, Sheikh Abdullah Al-Manea, yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa, berkata perjudian adalah sejenis denda dan kemungkinan rampasan dan denda adalah jumlah yang dicabar dan seorang daripada mereka mungkin memperoleh keuntungan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...