Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Gejala cacar monyet UK berbeza

    PARIS, 3 JULAI – Pesakit cacar monyet di Britain menunjukkan gejala berbeza berbanding penularan sebelumnya, berdasarkan kajian pertama terhadap kes-kes di United Kingdom (UK) pada Jumaat, para penyelidik akan menggesa bagi definisi mengenai penyakit tersebut dikemas kini.

    Beberapa bulan yang lalu, sebahagian besar penyakit cacar monyet telah pun menular ke negara Barat dan Afrika Tengah, di mana jangkitan baharu tersebut kebanyakannya adalah disebabkan oleh manusia yang dijangkiti oleh virus yang dibawa oleh tikus.

    Walau bagaimanapun, sejak Mei lalu, lebih daripada 3,400 kes jangkitan telah direkodkan di seluruh dunia, majoritinya dalam kalangan lelaki di Barat Eropah yang melakukan hubungan intim dengan lelaki dan tidak dikaitkan dengan kes yang berlaku di sub-Sahara Afrika.

    Britain mengesan awal beberapa kes dunia baharu dan kajian pertama yang dilakukan ke atas pesakit telah dikeluarkan dalam jurnal The Lancet Infectious Diseases yang diterbitkan hari ini. Penyelidik telah menganalisis seramai 54 pesakit cacar monyet di London, kesemuanya adalah lelaki yang berhubungan intim dengan lelaki, mewakili sebanyak 60 peratus kes jangkitan di UK sejak 26 Mei lalu. Sementara itu, daripada kesemua pesakit, hanya dua sahaja yang tidak dapat dikenal pasti jika mereka adalah kontak rapat dengan seseorang yang dijangkiti cacar monyet.

    Manakala, suku daripada jumlah lelaki tersebut adalah positif HIV dan suku lagi adalah pesakit yang dijangkiti melalui hubungan intim ketika mereka menghidap virus tersebut. Kesemua pesakit mempunyai gejala seperti satu tompok luka, di mana sebanyak 94 peratus daripadanya adalah di bahagian alat sulit dan kawasan anus. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...