Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gempa bumi kuat gegar timur Indonesia

    JAKARTA, 27 MEI – Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia, Maluku hari ini, namun tiada amaran kemungkinan tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

    Xinhua melaporkan, gempa berlaku pada pukul 9:36 waktu Jakarta (0236 GMT), dengan pusat gempa berada 85 kilometer (km) barat daya daerah Maluku Barat Daya dan 104km di dasar laut.

    Gempa lebih kuat dapat dirasakan di sekitar bandar Lospalos di bahagian timur negara itu, namun pihak berkuasa masih menilai situasi gempa dan tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kerosakan atau kemungkinan korban jiwa.

    Gempa tersebut turut dapat dirasai di Darwin, Australia, yang terletak tidak jauh daripada pusat gempa di Laut Timor.

    Menurut seorang penduduk Darwin, Joel Willingale ‘gegaran berlaku kira-kira 30 saat’.
    “Seluruh bilik bergegar dan semua barang jatuh,” katanya.

    “Kami hanya merasai kesan gempa sekali-sekala, selalunya di Laut Banda. Tetapi kali ini ia terasa sangat kuat.”

    Di bahagian utara di Indonesia, gempa tersebut mencetuskan panik dan menyebabkan orang ramai mengosongkan bangunan di Kepulauan Maluku di barat daya. Menurut Pengurusan Kecemasan Kebangsaan.

    Agensi pemantauan tsunami Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa gempa ‘mungkin mencetuskan tsunami yang memberi kesan kepada rantau Lautan Hindi’.

    Namun, pihak berkuasa di negara di rantau itu tidak mengeluarkan amaran tsunami.

    Pada Februari, gempa berukuran 6.2 magnitud berlaku dan mengakibatkan belasan orang terkorban apabila ia melanda Utara Sumatera, Indonesia. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...